SIAPAKAH AHLI ASTRONOMI TERKENAL?
Abu Abdullah Al-Battani atau dikenali sebagai Albategnius di dunia barat merupakan salah seorang pakar astronomi Islam dari Syiria yang hidup antara tahun 858 - 929. Nama penuh beliau ialah Abū 'Abdullāh Muhammad ibn Jābir ibn Sinān ar-Raqqī al-Harrani as-Sabi' al-Battānī (أبو عبد الله محمد بن جابر بن سنان الحراني الصابي البتاني).
Salah satu pencapaiannya yang terkenal adalah tentang penentuan tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 menit dan 24 saat. Selain itu, beliau turut menemui beberapa persamaan trigonometri
____________________
BINTANG BURUJ PENANDA ARAH KIBLAT
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion
(Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam
(ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orion
akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di
langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang
berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu
maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan
ke arah barat, lihat di bawah.

_____________________________________________________________________
BERAPAKAH BILANGAN PLANET YANG SEBENARNYA?
Telah dinyatakan dalam al-Quran bahawa planet itu mempunyai 11 semuanya (surah Yusuf). Mengikut teori yang dikeluarkan oleh pihak barat bahawa planet hanya 9 buah sahaja. Dari utarid hinggalah pluto. Bahkan sejak akhir-akhir ini, taraf pluto sebagai planet dilucutkan kerana tidak mempunyai syarat yang sempurna sebagai planet.
Susunan planet mengikut teori
Namun, pihak saintis telah menjumpai planet terbaru yang diberi gelaran dengan kod. Apabila telah mencukupi bilangan planet yang ditemui itu 11, itulah antara kebenaran Kalam Allah. Mungkin mereka tak dapat menerima kenyataan sehinggakan terpaksa menukar belit fakta. Apa pun, tunggu dan lihat...
Planet misteri
Pihak NASA (USA) telah mengetahui bahawa Marikh pernah berputar di atas paksinya secara songsang. Perkara ini akan menyebabkan Matahari di marikh terbit dari arah barat. Dan dijangka perkara ini akan turut dialami oleh planet yang berdekatan dengan Marikh iaitu Bumi. Jika perkara ini berlaku maka Matahari akan terbit di Barat dan tibalah kiamat. Tak dapat dinyatakan sama ada benar atau salah secara sohih. Namun ambillah iktibar sebelum terlambat. Wallahualam...