BURUJ
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.
NAMA BURUJ DALAM BAHASA MELAYU | NAMA BURUJ DALAM BAHASA INGGERIS/MITOLOGI GREEK |
Biduk/Senduk | Big Dipper/Ursa Major/The Plough |
Belantik/pemburu | Orion |
Scorpio (kala jengking) | Scorpion |
Pari/ Silang Selatan | Crux/Southern cross |
Lembu | Taurus |
Raksasa laut | Cetus |
Singa | Leo |
Ular | Hidra |
Pembawa air | Aquarius |
Neraca | Libra |
Kembar | Gemini |
Kambing gurun | Aries |
Pemanah | Sagittarius |
Herkules (Raja Rom yang pernah didakwah untuk masuk Islam oleh Rasullullah SAW) | Hercules |
Ketam | Cancer |
Helang | Aquila |
------
1. BURUJ BIDUK (BIG DIPPER/URSA MAJOR)
Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun .Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak
Gambar di atas yang di tandai garis biru terang adalah bahagian buruj biduk dan garis yang di tandai dengan warna biru gelap adalah buruj ursa major.
Buruj ini bernama biduk (big dipper) .Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan dari buruj beruang besar atau Ursa Major. Buruj ini di panggil "buruj Biduk" kerana ia kelihatan seperti sebuah biduk (sampan).
Dapatkah anda mengecam buruj ini melalui gambar di bawah ?
Buruj biduk boleh di lihat di bahagian utara . Bintang- bintang utama yang membentuknya ialah Merak, Phad, Alioth dan Alkaid.
<<< >>>
3. BURUJ PARI (CRUX/SOUTHERN CROSS)
Di bawah ini adalah buruj Pari/ Silang Selatan ( Crux/ Southern Cross) yang boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.
Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi. Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang seperti gambar di bawah :
Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi
4. BURUJ BELANTIK (ORION)
Di bawah ini pula ialah buruj Belantik (Orion).Ia kelihatan pada bulan Disember hingga Mac.
Buruj Belantik terletak hampir ke sebelah Timur. Cara untuk mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang terdapat pada talipinggangnya tiga butir bintang ini di kenali sebagai Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Buruj Orion di gambarkan sebagai seorang pemburu.
Betelgeuse dan Rigel adalah dua butir bintang yang paling terang di buruj ini. Betelguese juga adalah bintang yang teramat besar hingga 550 kali lebih besar dari matahari . Jika kita boleh mengelilingi bintang ini dengan kapal angkasa ,kita mengambil masa beribu-ribu tahun untuk melengkapkan satu pusingan di garisan khatulistiwanya.
Buruj Orion memiliki banyak kelebihan dalam menunjuk arah . Bintangnya yang paling atas yang ditandakan lamda.
Bintang yang bersimbol λ (lamda) sentiasa menunjukkan ke arah utara.
Buruj Orion juga boleh di gunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi orang Islam yang hendak bersolat