Cari Di Sini

Saturday 26 November 2011

Mengenal Buruj

BURUJ

Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (Big Dipper atauThe Plough) berbentuk sebuah biduk.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.

NAMA BURUJ DALAM BAHASA MELAYU
NAMA BURUJ DALAM BAHASA INGGERIS/MITOLOGI GREEK
Biduk/Senduk
Big Dipper/Ursa Major/The Plough
Belantik/pemburu
Orion
Scorpio (kala jengking)
Scorpion
Pari/ Silang Selatan
Crux/Southern cross
Lembu
Taurus
Raksasa laut
Cetus
Singa
Leo
Ular
Hidra
Pembawa air
Aquarius
Neraca
Libra
Kembar
Gemini
Kambing gurun
Aries
Pemanah
Sagittarius
Herkules (Raja Rom yang pernah didakwah untuk masuk Islam oleh Rasullullah SAW)
Hercules
Ketam
Cancer
Helang
Aquila
------

1. BURUJ BIDUK (BIG DIPPER/URSA MAJOR)


Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun .Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak


Gambar di atas yang di tandai garis biru terang adalah bahagian buruj biduk dan garis  yang di tandai dengan warna biru gelap adalah buruj ursa major.
Buruj ini bernama biduk (big dipper) .Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan dari buruj beruang besar atau Ursa Major. Buruj ini di panggil "buruj Biduk" kerana ia kelihatan seperti sebuah biduk (sampan).
 Dapatkah anda mengecam buruj ini melalui gambar di bawah ?


Buruj biduk boleh di lihat di bahagian utara . Bintang- bintang utama yang membentuknya ialah Merak, Phad, Alioth dan Alkaid.


<<< >>>

3. BURUJ PARI (CRUX/SOUTHERN CROSS)

Di bawah ini adalah buruj Pari/ Silang Selatan ( Crux/ Southern Cross) yang boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.



Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi. Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang seperti gambar di bawah :




Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi


4. BURUJ BELANTIK (ORION)
Di bawah ini pula ialah buruj Belantik (Orion).Ia kelihatan pada bulan Disember hingga Mac.


Buruj Belantik terletak hampir ke sebelah Timur. Cara untuk mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang terdapat pada talipinggangnya tiga butir bintang ini di kenali sebagai Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Buruj Orion di gambarkan sebagai seorang pemburu.
Betelgeuse dan Rigel adalah dua butir bintang yang paling terang di buruj ini. Betelguese juga adalah bintang yang teramat besar hingga 550 kali lebih besar dari matahari . Jika kita boleh mengelilingi bintang ini dengan kapal angkasa ,kita mengambil masa beribu-ribu tahun untuk melengkapkan satu pusingan di garisan khatulistiwanya.

Buruj Orion memiliki banyak kelebihan dalam menunjuk arah . Bintangnya yang paling atas yang ditandakan lamda.

  Bintang yang bersimbol λ (lamda) sentiasa menunjukkan ke arah utara.
Buruj Orion juga boleh di gunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi orang Islam yang hendak  bersolat

Blog Archive